ALOR SETAR 6 Feb. – Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei menepati ramalan apabila mudah menyumbang mata pertama buat Malaysia dalam aksi pembukaan Kumpulan C menentang Thailand di Kejohanan Berpasukan Asia di Stadium Sultan Abdul Halim, di sini sebentar tadi. Dalam perlawanan itu, pemenang tiga pingat perak Sukan Olimpik itu memerlukan hanya 33 minit untuk mencatat kemenangan 21-13, 21-9 ke atas Khosit Phetpradab. Jaguh negara itu mengakui, perlawanan kelayakan…