Beruang kutub berdepan kebuluran - Utusan Malaysia

Beruang kutub berdepan kebuluran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CALIFORNIA 6 Feb. – Beruang kutub kini berdepan kepupusan lebih pantas daripada jangkaan, ekoran masalah kebuluran yang dihadapi.

Berdasarkan kajian selama tiga tahun oleh Universiti California, Santa Cruz dan Kajian Geologikal Amerika Syarikat (AS), haiwan itu mengalami kekurangan makanan kritikal.

Ini berikutan perubahan cuaca yang menyebabkan ais di Artik menjadi cair dan memaksa beruang bergerak lebih jauh dan menggunakan lebih banyak tenaga untuk mencari bekalan makanan.

Para penyelidik melakukan kajian dengan memasang kolar pada sembilan ekor beruang dan merekodkan aktiviti selama 11 hari.

“Langkah itu bertujuan untuk mendapatkan lebih kefahaman tentang perubahan paras laut dan bagaimana perkara itu memberi kesan terhadap beruang kutub,” kata Ketua Penyelidik, Anthony Pagano kepada CNN.

Jelasnya, para penyelidik mahu memahami tentang mekanisme asas tentang aktiviti beruang itu ketika di atas ais dan keperluan tenaga haiwan berkenaan.

Seekor beruang kutub memerlukan 12,325 kalori sehari bagi mengekalkan tahap tenaga iaitu dengan memakan seekor anjing laut dewasa bagi tempoh setiap 10 hari.

Kajian itu mendapati setiap empat daripada sembilan ekor beruang tidak mencapai tahap kalori berkenaan dan kehilangan berat badan sebanyak 20 kilogram.

Berdasarkan Dana Sedunia Alam Semula Jadi (WWF), beruang kutub menghabiskan 50 peratus daripada masanya memburu dan hanya dua peratus berjaya mendapat hasil buruan.

Pengarah Yayasan Born Free, Liz Greengrass berkata, pihaknya tidak terkejut dengan fenomena itu kerana beruang kutub bergantung kepada anjing laut sebagai makanan manakala anjing laut bergantung kepada ais.

Pemanasan global telah menyebabkan ais menjadi cair dan menjejaskan kitaran kehidupan haiwan berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN