'Anak jalanan' ada perakuan JKM kini boleh bersekolah - Utusan Malaysia

 ‘Anak jalanan’ ada perakuan JKM kini boleh bersekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU – Kementerian Pendidikan kini membenarkan kanak-kanak yang tidak diketahui asal-usul atau dikenali sebagai ‘anak jalanan’ memasuki sekolah biarpun tidak memiliki dokumen kelahiran lengkap.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kanak-kanak itu dibenarkan bersekolah di mana-mana sekolah bantuan kerajaan dengan syarat mendapat perakuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau mahkamah berhubung statusnya.

“Sebelum ini, Kementerian Pendidikan telah melonggarkan syarat dengan salah seorang daripada ibu bapa kanak-kanak yang mahu memasuki sekolah itu mestikan warganegara (Malaysia).

“Begitupun, timbul pula isu berkaitan ‘anak jalanan’ yang tidak diketahui asal-usul dan menetap di rumah kebajikan kelolaan JKM. Kita telah buat keputusan mereka boleh bersekolah asalkan mempunyai perakuan status daripada agensi itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau ditemui selepas merasmikan Kolej Tingkatan Enam Hulu Terengganu, Kuala Berang di sini. Turut hadir Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Seri Jailani Johari dan Pengarah Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussain. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×