Alum ditemui di Indonesia - Utusan Malaysia

Alum ditemui di Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kanak-kanak warga Argentina, Alum Langone Avalos, 7, yang dilaporkan hilang sejak Jun tahun lalu daripada jagaan ibunya telah ditemui berada di Jakarta, Indonesia.

Menurut Duta Argentina di Malaysia, Manuel Balaguer Salas, Kedutaan Argentina di Indonesia telah memaklumkan kepada pihaknya bahawa penculik yang juga bapa kepada kanak-kanak itu, Jorge Gabriel Langone, 41, kini berada dalam tahanan pihak berkuasa negara berkenaan.

Ibunya, Elizabeth Avalos, 27, telah diterbangkan ke Indonesia untuk disatu­kan dengan anaknya dan sedang dalam proses untuk membawanya pulang ke Argentina.

“Pihak media negara ini telah banyak membantu menyebarkan tentang kehilangan Alum, bukan sahaja di Malaysia, malah ke negara-negara Asia Tenggara sehingga membawa kepada penemuan mang­sa di Indonesia.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×