Aktiviti sukan lasak berpotensi dikembangkan - Utusan Malaysia

Aktiviti sukan lasak berpotensi dikembangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LABUAN 10 Feb. – Aktiviti sukan lasak pacuan empat roda di wilayah ini berpotensi dapat dikembangkan sebagai salah satu produk pelancongan yang baharu.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, peluang itu perlu dimanfaatkan oleh penggiat sukan berkenaan yang sebelum ini hanya aktif secara berkumpulan dan persendirian.

Menurut beliau, pihaknya sedia membantu memastikan usaha itu dapat dilaksanakan selaras dengan hasrat kerajaan meningkatkan potensi ekonomi Labuan.

“Kelab-Kelab sukan ini bukan sahaja boleh menggunakan litar bagi memenuhi hobi tetapi boleh menawarkan perkhidmatan membawa pelancong merasai pengalaman menyertai aktiviti sukan lasak ini sambil menikmati hutan tropika Labuan.

“Seperti mana yang dilaksanakan di Dubai, ia dapat menjana pendapatan seterusnya mempelbagaikan lagi pilihan produk pelancongan di kawasan ini,” kata beliau ketika merasmikan Litar Pacuan Empat Roda di Kampung Kiansam, di sini, hari ini.

Dalam majlis itu, Tengku Adnan turut mengumumkan peruntukan dana berjumlah RM50,000 bagi menaik taraf litar tersebut untuk dijadikan tarikan baharu di wilayah berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×