BARU-BARU ini pelabur dan pedagang di seluruh dunia telah dikejutkan dengan aktiviti sell-off ke atas pasaran saham Amerika Syarikat. Penurunan sebanyak 1,175 mata dalam satu hari dagangan ini merupakan penurunan terbesar sejak Ogos 2011 semasa krisis hutang Eropah. Keadaan yang mencetus sell-off ini bermula dengan kebimbangan tentang kadar faedah yang lebih tinggi. Pada masa yang sama, bon menawarkan pulangan yang lebih baik menarik pelabur beralih kepada pasaran bon berbanding dengan…