CAPE TOWN 13 Feb. – Afrika Selatan hari ini mengisytiharkan musim kemarau melampau kali ini sebagai `bencana negara’ yang akan menyaksikan bandar ini tidak mempunyai bekalan air paip. Pengisytiharan itu dikeluarkan oleh Jabatan Kerjasama Pentadbiran selepas menilai `keluasan saiz dan tahap keseriusan’ kemarau itu. Bandar ini dicengkam musim kemarau teruk selama tiga tahun manakala hujan musim sejuk gagal memperbaiki keadaan dan paras air di empangan kini berada pada paras bahaya.…










