Afrika Selatan isytihar kemarau bencana negara - Utusan Malaysia

Afrika Selatan isytihar kemarau bencana negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAPE TWON – Afrika Selatan mengisytiharkan ‘bencana negara’ semalam berikutan kemarau memporak-perandakan beberapa bahagian di negara berkenaan dan mengakibatkan bandar Cape Town berdepan risiko kehabisan bekalan air domestik.

Dalam satu notis yang disiarkan dalam warta kerajaan, Jabatan Kerjasama Pentadbiran berkata, pihaknya meningkatkan amaran kemarau kepada bencana negara setelah menilai semula ‘saiz dan situasi’ krisis itu.

Bandar Cape Town pula berdepan kemarau tiga tahun dengan hujan musim sejuk turun sekali-sekala gagal tetapi gagal membawa kelegaan kepada penduduk.

Situasi itu bertambah buruk selepas air di beberapa empangan turun ke paras terendah.

Bandar raya kedua terbesar di Afrika Selatan itu kini berdepan prospek kehabisan bekalan air paip dalam senario yang digelar sebagai ‘Hari Sifar’.

Semalam, tarikh ramalan untuk Hari Sifar dilanjutkan daripada 11 Mei kepada 11 Jun depan.

Ia berikutan pengurangan air dalam sektor pertanian dan kesedaran warga kota untuk menjimatkan air susulan kempen pentadbiran tempatan.

Timbalan Datuk Bandar Cape Town, Ian Neilson berkata, sejak seminggu lalu, penggunaan air dikurangkan kepada 526 juta liter sehari hasil kerja sama warga kota.

“Ini adalah kali pertama penggunaan air kekal di bawah paras 550 juta li­ter,” katanya. – AFP/Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×