5,000 warga Labuan meriahkan K1WPL - Utusan Malaysia

5,000 warga Labuan meriahkan K1WPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LABUAN 10 Feb. – Kira-kira 5,000 warga wilayah ini hadir memeriahkan majlis Kenduri 1Wilayah Persekutuan Labuan (K1WPL) yang diadakan di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa di sini, hari ini.

Pogram tersebut merupakan acara wajib tahunan yang diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Wilayah Persekutuan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, kenduri tersebut masih mengekalkan konsep sama iaitu diadakan secara gotong-royong bersama penduduk setempat.

“Program ini mendapat kerjasama dan penyertaan tinggi daripada komuniti Labuan sekali gus menjadi acara wajib setiap tahun.

“Sambutan ini masih mengekalkan tema ‘Wilayah Ceria, Rakyat Sejahtera’ pada sambutan kali ini kerana mempunyai mesej yang memberi impak positif kepada semua warga wilayah dari aspek meningkatkan kesejahteraan kehidupan rakyat,” katanya ketika berucap merasmikan program K1WPL tersebut.

Yang turut hadir Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli; Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Md Ikshan; Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Seri Hasim Ismail; Pengarah Eksekutif Pengurusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Mohd. Mustafa Mohd. dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kesejahteraan Bandar, Datuk Dr. Mustapha Ahmad Merican. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×