SEREMBAN – Kira-kira 260,000 pembayar cukai dijangka mendapat manfaat daripada kadar penurunan cukai, susulan keputusan kerajaan mengurangkan dua mata peratusan bagi kadar cukai pendapatan individu pemastautin. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Abdul Manap Dim berkata individu bujang yang berpendapatan bawah RM3,100, tidak perlu membayar cukai. “Untuk tahun taksiran sebelum ini, pembayar cukai individu makan gaji, seramai tiga juta yang mengembalikan borang, tetapi yang kena cukai…