KLUANG 14 Feb. – Dua lelaki maut apabila motosikal jenis Yamaha ditunggang mereka dipercayai bertembung di Felda Ulu Belitong, di sini malam tadi. Dalam kejadian kira-kira 8.30 malam itu, mangsa, Faiz Razak, 26, yang beralamat di Ladang Sindora maut di tempat kejadian, manakala Md. Rizel Sanip, 39, disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), di sini. Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata,…