MELAKA 9 Feb. – Kira-kira 1,500 penduduk di kawasan Parlimen Bukit Katil yang merupakan golongan sasaran telah mendapat sumbangan daripada Biro Kebajikan UMNO (Bikum). Sumbangan yang diberikan pula adalah pelbagai merangkumi antaranya akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) kepada para pelajar, 200 buah motosikal diberikan servis percuma dan pendawaian percuma bagi 10 buah rumah. Pengerusi Bikum, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, Parlimen Bukit Katil perlu dikembalikan semula kepada Barisan…