Pendakwa raya Belanda enggan panjangkan lagi kes MH17 - Utusan Malaysia

Pendakwa raya Belanda enggan panjangkan lagi kes MH17

SEBAHAGIAN daripada serpihan badan pesawat MH17 yang berkecai selepas terhempas akibat ditembak peluru berpandu BUK di timur Ukraine pada Julai 2014. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

THE HAGUE: Pendakwa raya Belanda menegaskan tidak akan memfailkan rayuan terhadap pembebasan seorang lelaki Russia yang terbabit dalam kes menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17.

Mereka berpendapat tindakan memanjangkan lagi kes yang bermula hampir 10 tahun lalu itu hanya akan menjadi ‘beban besar’ untuk keluarga, yang mahu meneruskan kehidupan selepas mendapat pembelaan.

Tertuduh yang merupakan warga Russia, Oleg Pulatov, didapati tidak bersalah oleh Mahkamah Belanda pada 17 November manakala dua lagi rakyat Russia, Igor Girkin dan Sergei Dubinsky serta warga Ukraine, Leonid Kharchenko disabitkan kesalahan serta dikenakan hukuman penjara seumur hidup tanpa kehadiran.

“Rayuan akan menjadi beban besar bagi waris, kerana mereka kemudian akan kekal dalam ketidakpastian mengenai keputusan kes jenayah.

“Keputusan mahkamah baru-baru ini memberikan keluarga ‘kepastian mengenai beberapa subjek penting’ termasuk peranan Russia dalam tragedi itu, yang kini boleh digunakan untuk memulakan kes sivil berasingan,” kata perkhidmatan pendakwaan.

Kesemua 298 orang di dalam pesawat itu terbunuh apabila terkena tembakan peluru berpandu buatan Russia yang dilepaskan oleh puak pemisah disokong Moscow di timur Ukraine pada 17 Julai 2014.

Semua mangsa disahkan dari 10 negara termasuk 196 warga Belanda, 43 warga Malaysia dan 38 warga Australia.

Ketiga-tiga lelaki yang disabitkan kesalahan itu dan masih bebas, tidak membuat rayuan dalam tempoh 14 hari dan oleh itu, sabitan mereka ‘tidak boleh ditarik balik’, menurut perkhidmatan pendakwaan.

Hakim mendapati mereka bertanggungjawab membawa peluru berpandu ke Ukraine, walaupun mereka sendiri tidak menarik picu yang mengakibatkan tragedi itu.

Bagaimanapun, Russia tetap menafikan semua pembabitannya dan menyelar keputusan itu sebagai satu ‘skandal’. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya