Enggan mengaku kalah, Russia lancar serangan terbesar terhadap Ukraine

Enggan mengaku kalah, Russia lancar serangan terbesar terhadap Ukraine

PASUKAN kecemasan memantau lokasi sekitar selepas tentera Russia melancarkan serangan udara di Kyiv, Ukraine. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Beberapa bandar besar Ukraine ‘dihujani’ peluru berpandu selepas Russia melancarkan serangan udara terbesarnya sejak perang antara dua negara itu bermula Februari lalu.

Pegawai Ukraine mengesahkan sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dan puluhan lagi cedera selepas peluru berpandu Russia membedil kawasan jalan raya utama, taman dan tapak pelancongan di ibu negara Kyiv.

Letupan turut berlaku di Lviv, Ternopil dan Zhytomyr di barat Ukraine; Dnipro dan Kremenchuk di tengah; Zaporizhzhia di selatan dan Kharkiv di timur negara itu.

Ukraine juga dilaporkan terpaksa menangguhkan eksport elektrik ke Eropah apabila negara ini sendiri cuba memulihkan bekalan elektrik yang terputus akibat serangan yang berlaku.

Presiden Russia, Vladimir Putin berkata, beliau telah mengarahkan serangan jarak jauh ‘besar-besaran’ selepas serangan ke atas jambatan yang menghubungkan Russia dengan semenanjung Crimea Sabtu lalu.

Putin turut mengancam melancarkan lebih banyak serangan terhadap Ukraine jika negara itu cuba menyerang wilayah Russia.

“Adalah mustahil untuk membiarkan tindakan sedemikian tanpa sebarang tindak balas,” katanya.

Presiden AS Joe Biden dalam satu kenyataan mengutuk serang tersebut yang disifatkan sebagai ‘serangan terburuk.’

“Serangan ini membunuh dan mencederakan orang awam dan memusnahkan sasaran tanpa tujuan ketenteraan. Ia sekali lagi menunjukkan kekejaman perang haram Putin terhadap rakyat Ukraine,” katanya.

Kementerian pertahanan Ukraine dalam satu kemas kini petang semalam berkata, Russia telah melancarkan sekurang-kurangnya 84 peluru berpandu dan serangan udara dan pertahanan udara Ukraine telah memintas 43 peluru berpandu dan 13 dron milik Russia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN