Guna kokain palsu, 20 maut dan 74 jatuh sakit di Argentina - Utusan Malaysia

Guna kokain palsu, 20 maut dan 74 jatuh sakit di Argentina

PENDUDUK tempatan duduk di luar rumah mereka di Puerta 8 di Buenos Aires, Argentina. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUENOS AIRES: Seramai 20 orang dilaporkan maut dan 74 lagi menerima rawatan di hospital di Argentina akibat penggunaan kokain palsu.

Situasi itu menyebabkan pihak berkuasa Argentina segera melancarkan operasi memburu sindiket yang menjual kokain palsu di sekitar Buenos Aires.

Memetik laporan agensi berita AP, para pakar masih mengkaji dadah tersebut untuk menentukan kandungannya yang menyebabkan kematian.

Menurut pegawai kehakiman, alasan utama dipertimbangkan dalam kes ini adalah kokain tersebut dipalsukan secara sengaja.

Polis berkata, kokain itu dijual di sebuah kawasan kejiranan yang miskin, Puerta 8 di San Martin.

Malah, katanya, polis menahan seramai 12 orang berkaitan kes ini.

“Kejadian itu amat luar biasa malah tidak pernah berlaku sebelum ini. Kami cuma berharap kejadian ini tidak berulang,” kata Peguam Negara San Martin, Marcelo Lapargo kepada saluran Todo Nations.      

Pada mulanya, pihak berkuasa Argentina melaporkan hanya lapan orang dari kumpulan sama maut selepas mengambil dadah tersebut pada Selasa lalu.

Namun, angka kematian meningkat baru-baru ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian akibat kokain palsu melonjak kepada 20 orang. 

“Ketika ini, apa yang perlu dilakukan adalah mengeluarkan dadah itu dari pasaran dan menghentikannya daripada dijual kepada orang ramai,” ujar Lapargo. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya