PEMERGIAN Khaleda Zia pada usia 80 tahun menutup satu bab penting dalam sejarah Bangladesh, apabila negara itu kehilangan perdana menteri wanita pertamanya dan tokoh politik paling berpengaruh. Beliau merupakan isteri kepada Ziaur Rahman, tokoh utama dalam perjuangan kemerdekaan Bangladesh yang dilantik sebagai presiden pada 1977. Pada ketika itu, Khaleda sering digambarkan sebagai seorang suri rumah yang pemalu dan menumpukan sepenuh perhatian kepada dua anak lelakinya. Namun, kehidupannya berubah secara drastik…










