Kereta ‘terbang’ selepas rempuh penghadang tol - Utusan Malaysia

Kereta ‘terbang’ selepas rempuh penghadang tol

TANGKAP layar video menunjukkan sebuah kereta memecut ke arah penghadang di Stesen Tol Shihe di China sebelum terbalik.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Sebuah video tular baru-baru ini menunjukkan detik cemas seorang pemandu kereta merempuh pondok tol menyebabkan kenderaan itu ‘terbang’ lebih 15 meter ke udara sebelum terbalik dan terhempas ke atas jalan raya di China.

Insiden itu dilaporkan berlaku di Stesen Tol Shihe Lebuhraya Shenyang-Dalian di tengah China pada 24 November lalu.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan saat pemandu memecut ke arah binaan konkrit di pintu masuk stesen tol sebelum merempuhnya.

Impaknya sangat kuat menyebabkan kereta itu melambung tinggi di udara sebelum berpusing dan terhempas ke tanah dalam keadaan terbalik.

Serpihan kenderaan itu dilihat terpelanting dan kaca berkecai ke udara, namun penghadang jalan yang dilanggar masih utuh.

Biarpun impak kemalangan disifatkan serius, pemandu kenderaan itu dilaporkan terselamat dan kecederaan yang dialaminya semakin pulih selepas menerima rawatan di hospital.

Menurut media tempatan, kes itu kini masih disiasat pihak berkuasa.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya