Penduduk New Delhi semakin 'lemas' akibat pencemaran udara - Utusan Malaysia

Penduduk New Delhi semakin ‘lemas’ akibat pencemaran udara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Bandar raya ini dan kawasan sekitarnya terus dilanda pencemaran udara serius, dengan pakar kesihatan memberi amaran kemungkinan peningkatan kes jangkitan paru-paru.

Isu itu meningkat khususnya menjelang musim sejuk ketika ketumpatan udara menurun, selain kelajuan angin yang perlahan turut menyumbang kepada peningkatan pencemaran udara di bandar itu.

Dalam tempoh 24 jam lalu, bacaan indeks kualiti udara keseluruhan (AQI) di New Delhi meningkat kepada 354, yang dikategorikan sebagai ‘Amat Tidak Baik’, manakala beberapa kawasan lain merekodkan bacaan melebihi 400 dalam kategori ‘Teruk’.

Menurut data Sistem Kualiti Udara serta Ramalan dan Kajian Cuaca, kawasan Dhirpur di Delhi Utara mencatat AQI 443 (Teruk).

AQI berhampiran Lapangan Terbang IGI pula mencatat bacaan ‘Amat Tidak Baik’ semalam dengan bacaan 350, manakala kawasan sekitar Universiti Delhi di Delhi Utara mencatat AQI 387.

Pada masa sama, hospital di ibu negara India dan kawasan sekitarnya merekodkan peningkatan komplikasi berkaitan pencemaran seperti batuk, sukar bernafas, sesak dada, sesak nafas, sakit tekak, selesema dan keletihan.

Pengerusi Institut Pembedahan Dada di hospital berhampiran Delhi, Arvind Kumar, berkata jumlah pesakit yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) kerana menghidap jangkitan paru-paru dan pneumonia juga meningkat ketika ini.

“Apabila pencemaran meningkat, jumlah pesakit dimasukkan ke ICU dengan pneumonia dan jangkitan paru-paru turut bertambah.

“Kesan jangka panjang pencemaran udara pada otak menyebabkan keradangan teruk pada kanak-kanak akibat toksin daripada pencemaran. Bagi golongan dewasa, ia meningkatkan risiko strok 10 kali ganda,” katanya.

Suruhanjaya Nasional Perlindungan Hak Kanak-Kanak (NCPCR) kelmarin dalam satu surat menggesa kerajaan Delhi mempertimbangkan penutupan sekolah sehingga kualiti udara bertambah baik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.