Korea Utara sudah 'bebas' Covid-19? - Utusan Malaysia

Korea Utara sudah ‘bebas’ Covid-19?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Korea Utara hari ini buat pertama kali melaporkan sifar kes demam dalam tempoh lebih dua bulan sejak mengesahkan jangkitan Covid-19 pertamanya, Mei lalu.

Agensi Berita Pusat Korea dikendalikan kerajaan berkata, ‘tiada pesakit demam baharu dilaporkan’ dalam tempoh 24 jam dari petang kelmarin, menandakan kali pertama negara itu tidak melaporkan kes baharu sejak Mei lalu.

Korea Utara merujuk ‘pesakit Covid-19’ sebagai ‘pesakit demam’ dalam laporan kes ekoran kekurangan kapasiti ujian.

Pakar mengatakan penularan Omicron besar-besaran di negara jiran adalah petanda hanya menunggu masa sebelum ia menyelinap masuk, walaupun mengekalkan sekatan Covid-19 yang tegar sejak permulaan wabak.

Korea Utara merekodkan hampir 4.8 juta jangkitan sejak akhir April lalu, dengan ‘99.994 peratus’ daripadanya pulih sepenuhnya dan hanya 204 pesakit masih dirawat.

Negara itu memiliki antara sistem penjagaan kesihatan terburuk di dunia dengan hospital tidak lengkap, unit rawatan rapi yang sedikit dan tiada ubat rawatan atau keupayaan ujian Covid-19 besar-besaran, kata pakar.

Pyongyang mengumumkan kes Covid-19 pertamanya pada 12 Mei lalu, dan mengaktifkan ‘sistem pencegahan wabak kecemasan maksimum’ dengan pemimpin Kim Jong-un mengetengahkan dirinya bagi tindak balas kerajaan.

Korea Utara tidak memvaksin mana-mana hampir 25 juta penduduknya, selepas menolak dos ditawarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Korea Utara pada akhir Mei lalu berkata, mula melihat ‘kemajuan’ mengawal wabak itu tetapi pakar meragui tuntutan berkenaan, memetik kelemahan infrastruktur kesihatan negara dan rakyat tidak divaksinasi.

Pengarah Kecemasan WHO, Michael Ryan, Jun lalu menganggap keadaan di Korea Utara ‘semakin buruk’, selain mengakui Pyongyang memberi maklumat sangat terhad.

Korea Selatan sebelum ini menawarkan untuk menghantar vaksin dan bantuan perubatan lain ke Korea Utara untuk membantu menangani Covid-19.

Namun, Pyongyang belum menjawab secara rasmi. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya