Shanghai lapor tiga kes kematian Covid-19 - Utusan Malaysia

Shanghai lapor tiga kes kematian Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHANGHAI: Tiga penduduk dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 di Shanghai.

Ia merupakan kali pertama kematian direkodkan di hab kewangan China itu sejak perintah berkurung dilaksanakan pada akhir bulan lalu.

Lapor BBC, Suruhanjaya Kesihatan Shanghai dalam kenyataan memaklumkan mangsa berumur antara 89 dan 91 tahun serta belum menerima suntikan vaksin.

Jelas kenyataan itu, mangsa meninggal dunia di hospital semalam meskipun pelbagai rawatan diberikan untuk menyelamatkan mereka.

Tambahnya, ketiga-tiga mangsa itu mempunyai masalah kesihatan yang kronik.

Menurut pihak berkuasa Shanghai, kira-kira 38 peratus daripada penduduk berusia 60 tahun ke atas sudah lengkap vaksinasi.

Shanghai sedang melakukan ujian saringan secara besar-besaran yang bermakna perintah berkurung ketat akan dilanjutkan sehingga minggu keempat di kebanyakan kawasan.

Sehingga kini, China mendakwa tiada kes kematian akibat Covid-19 direkodkan di bandar tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN