fbpx

26 Januari 2022, 7:50 am

  TERKINI

Pekerja bawa tangki oksigen ke pejabat

TANGKAP layar video menunjukkan Arvind Kumar memakai topeng dan membawa tangki oksigen ke pejabat. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Seorang pekerja bank di India yang baru sembuh daripada wabak Covid-19 mendakwa dinafikan hak untuk mengambil cuti dan terpaksa hadir ke pejabat dengan membawa tangki oksigen. 

Menerusi satu video yang mencetuskan kontroversi dalam media sosial, Arvind Kumar yang bekerja sebagai pengurus di Punjab National Bank cawangan Punjab di Jharkhand datang ke pejabat dengan memakai topeng muka oksigen berserta tangki tersebut. 

“Saya dihalang mengambil cuti oleh pihak atasan dan disuruh datang bekerja. Sedangkan saya baru sahaja sembuh dan berada dalam keadaan tidak stabil sebelum ini. 

“Doktor sudah memaklumkan ia akan mengambil masa selama tiga bulan untuk saya sembuh sepenuhnya kerana jangkitan sudah merebak ke bahagian paru-paru. Kenapa saya dilayan seperti ini?” soalnya. 

Bagaimanapun, bank itu tampil membuat penjelasan dan mendakwa Kumar sengaja mencipta ‘drama’ untuk memfitnah bank tersebut. 

Hal ini kerana, Kumar dikatakan sudah menghantar surat berhenti kerja, namun, ditolak selepas lelaki itu didakwa terlibat dengan masalah pinjaman aset di pejabatnya. – AGENSI

POPULAR

KOSMO! TERKINI