NZ cadang perkasa undang-undang ucapan kebencian - Utusan Malaysia

NZ cadang perkasa undang-undang ucapan kebencian

WAJAH-wajah mangsa serangan pengganas di dua masjid di Christchurch, New Zealand pada Mac 2019. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGTON: New Zealand semalam bercadang untuk memperkasakan undang-undang ucapan kebencian serta meningkatkan denda bagi kesalahan menghasut dan diskriminasi susulan tragedi tembakan pengganas kulit putih di dua masjid di Christchurch pada Mac 2019.

Cadangan itu dikemukakan selepas Suruhanjaya Siasatan Diraja mencadangkan perubahan dalam undang-undang jenayah kebencian dan ucapan kebencian yang disifatkan ‘lemah’.

Undang-undang yang diperbaharui itu dijangka lebih jelas dan berkesan mengekang jenayah kebencian dalam kalangan penduduk di negara ini.

Di bawah cadangan tersebut, individu yang dengan ‘sengaja mencetuskan provokasi dan mempertahankan kebencian’ akan didapati melanggar undang-undang sekiranya mereka melakukan ancaman, kekasaran atau menghina serta menghasut keganasan.

Hukuman untuk kesalahan itu juga akan ditingkatkan kepada maksimum penjara tiga tahun atau denda NZD$50,000 (RM147,031).

Ketika ini, denda yang dikenakan adalah sebanyak NZD$7,000 (RM20,584) dan hukuman penjara selama tiga bulan.

Sehubungan itu, cadangan pembaharuan undang-undang berkenaan kini dibuka untuk perundingan awam.

Tragedi pada 31 Mac 2019 menyaksikan pengganas kulit putih, Brenton Tarrant menembak sekurang-kurangnya 51 penduduk beragama Islam di dua masjid di Christchurch dan menyiarkan insiden itu secara penstriman langsung di Facebook. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN