Suri rumah dirompak ketika mahu solat tahajud

Suri rumah dirompak ketika mahu solat tahajud

suri rumah
POLIS menunjukkan rumah mangsa digeledah ketika dirompak sekumpulan lelaki dalam satu kejadian di Jawa Timur. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PROBOLINGGO: Seorang suri rumah tangga dirompak ketika ingin menunaikan solat sunat tahajud di rumahnya di Probolinggo, Jawa Timur.

Lapor Tribunnews, mangsa dikenali sebagai Fatimah, 46 tahun, manakala polis percaya terdapat lebih seorang suspek perompak terlibat dalam insiden itu.

Akibat insiden itu, mangsa kehilangan wang tunai berjumlah 50 juta rupiah (RM15,059) dan sebuah motosikal.

“Kejadian itu berlaku ketika saya bangun untuk menunaikan solat tahajud.

“Ada beberapa orang menyekap kepala saya dengan kain dan badan diikat sehingga tidak mampu bergerak.

“Saya juga diacukan dengan sabit supaya tidak menjerit dan melawan,” katanya.

Fatimah memaklumkan, dia tinggal bersendirian di rumah kerana suami dan anaknya merantau.

Tidak lama kemudian, kesemua perompak itu meninggalkan rumahnya dan wanita terbabit berusaha meleraikan ikatan pada badannya sebelum meminta pertolongan dari jirannya.

Sementara itu, jurucakap polis, Sugeng Riyadi mengesahkan kejadian itu dan kini menyiasat bagi memburu semua suspek.

“Mangsa memberitahu, kumpulan perompak itu memaklumkan mereka seramai tujuh orang dan memberi amaran supaya tidak melaporkan kejadian tersebut kepada polis.

“Sehubungan itu, kami akan melakukan siasatan bagi mengenal pasti kesemua suspek,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya