TEHERAN: Iran pada Rabu menyatakan ia akan menjamin laluan selamat bagi trafik maritim melalui Selat Hormuz yang strategik selama dua minggu, sambil memaklumkan tempoh jeda itu akan digunakan untuk rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) bagi menamatkan perang, yang dijadual bermula Jumaat di Islamabad.
“Untuk tempoh dua minggu, laluan selamat melalui Selat Hormuz akan dibenarkan melalui penyelarasan dengan Angkatan Tentera Iran serta dengan mengambil kira kekangan teknikal,” kata Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, dalam hantaran di X.
Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran dalam kenyataan berasingan menyatakan rundingan itu dijangka berlangsung selama dua minggu tetapi boleh dilanjutkan dengan persetujuan bersama pihak-pihak terlibat.-AFP










