Kanak-kanak Palestin dukung adik kecil diselamatkan ahli pernigaan Mesir - Utusan Malaysia

Kanak-kanak Palestin dukung adik kecil diselamatkan ahli pernigaan Mesir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Seorang wartawan mendakwa ahli perniagaan Sinai, Ibrahim al-Arjani menjadi individu yang menyelamatkan seorang kanak-kanak Palestin yang gambarnya mendukung adik kecil di tengah kemusnahan Gaza tular di seluruh dunia.

Dalam catatan di Facebook, Khaled Abu Bakr yang dikenali rapat dengan pihak pembuat dasar negara itu, memuji al-Arjani serta Kesatuan Kabilah Sinai kerana berikrar menjaga kebajikan kanak-kanak tersebut sebaik sahaja mereka tiba di Mesir.

“Saya hubungi Ibrahim al-Arjani dan beritahu mahu mencari dua kanak-kanak itu. Beliau jawab agensi kerajaan akan bawa mereka pulang. ‘Beri saya dua hari,’ katanya,” ujar Abu Bakr.

Tambahnya, al-Arjani berjanji jika mereka sampai ke Mesir, beliau akan menjaga mereka.”

Foto serta video yang tersebar luas itu memaparkan Jadou, kira-kira 10 tahun, mendukung adiknya melalui runtuhan dan kepulan asap selepas keluarga mereka dipaksa berpindah.

Gambar tersebut digelar warganet sebagai simbol “bapa kecil” yang melambangkan penderitaan kanak-kanak Gaza di tengah perpindahan besar-besaran lebih 1.9 juta rakyat Palestin sejak serangan genosid Israel bermula Oktober 2023.

Sementara itu, Jawatankuasa Mesir Menyokong Rakyat Gaza mengumumkan pihaknya berjaya mengesan Jadou dan adiknya selepas usaha mencari.

Kedua-duanya kemudian dipindahkan ke pusat perlindungan kemanusiaan bagi mendapatkan makanan, rawatan perubatan serta sokongan psikologi.

Jawatankuasa itu menjelaskan, langkah berkenaan dibuat atas arahan langsung Presiden Abdel Fattah el-Sisi yang mengarahkan bantuan menyeluruh diberikan kepada kanak-kanak Palestin yang menjadi mangsa peperangan. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×