Penduduk Gaza guna tangan keluarkan mayat bawah runtuhan

Penduduk Gaza guna tangan keluarkan mayat bawah runtuhan

PENDUDUK Palestin mencari barangan yang masih boleh digunakan di celah runtuhan bangunan di Gaza City. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Dalam tempoh 24 jam lepas, pasukan penyelamat menemukan sebanyak 160 mayat di bawah runtuhan dan di jalan raya di Semenanjung Gaza, menjadikan angka kematian meningkat kepada lebih 15,000 orang, termasuk lebih 6,150 kanak-kanak dan lebih 4,000 wanita.

Menurut Agensi Berita Palestin (WAFA), anggota penyelamat setakat ini bergantung kepada kaedah manual untuk mengeluarkan mayat, memandangkan kekurangan jentera dan peralatan.

Data tidak rasmi menunjukkan kira-kira 6,500 orang masih hilang, termasuk lebih 4,700 kanak-kanak dan wanita.

Sejak gencatan senjata sementara bermula Jumaat lalu, pasukan penyelamat dan ambulans serta penduduk telah berusaha mengeluarkan sebanyak mungkin mayat dengan menggunakan tangan.

Serangan udara, darat dan laut tentera penceroboh Israel turut menyebabkan 300,000 unit kediaman rosak, termasuk 50,000 unit rumah musnah sepenuhnya.

Tentera Israel meneruskan serangan ke atas rakyat Palestin

Walaupun jeda kemanusiaan berlangsung, tentera penceroboh menghalang penduduk yang mencari perlindungan di selatan Semenanjung Gaza daripada kembali ke bandar dan pekan mereka di utara wilayah itu.

Ini kerana tentera penceroboh yang ditempatkan di Jalan Salah al-Din melepaskan tembakan ke arah penduduk yang cuba memeriksa rumah dan mencari ahli keluarga mereka yang hilang, menyebabkan tiga orang terbunuh dan beberapa lagi cedera.

Dalam perkembangan berkaitan di Tebing Barat, WAFA melaporkan dua penduduk Palestin termasuk seorang kanak-kanak cedera ditembak selepas bertempur dengan tentera Israel yang menyerbu bandar Jenin dan kem pelarian di kawasan itu

Tentera Zionis juga menggunakan bom tangan dan gas pemedih mata, menyebabkan beberapa orang mengalami sesak nafas dan terpaksa menerima rawatan di hospital.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya