Tiga pangkalan tentera AS di Syria diserang - Utusan Malaysia

Tiga pangkalan tentera AS di Syria diserang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAMSYIK: Tiga pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Syria menjadi sasaran serangan dron, semalam.

Lapor Agensi Anadolu, menurut sumber, medan minyak Al-Omar di Deir ez-Zor yang menempatkan pangkalan tentera AS, pangkalan AS di Al-Shaddadi dan Al-Hasakah diserang dengan peluru berpandu.

Semalam, sebuah pangkalan AS di kawasan Al-Malikiyah di Al-Hasakah yang diduduki kumpulan Unit Perlindungan Rakyat Kurdish (YPG) dan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) diserang dron bersenjata.

Selain itu, sebuah lagi pangkalan di wilayah Al-Tanf, selatan Syria yang turut menempatkan tentera AS turut diserang dengan tiga dron bersenjata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN