DUBAI: Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah menghantar sebuah pesawat yang membawa bantuan bekalan perubatan dan makanan segera ke Afghanistan.
Bantuan itu selepas kumpulan Taliban menguasai negara itu selepas hampir tiga minggu lalu.
Menurut agensi berita WAM, bantuan dibawah rangka kerja kemanusiaan UAE berperanan memberi sokongan penuh kepada warga Afghanistan yang memerlukan bantuan.
Kementerian Luar UAE mengesahkan kepada agensi AFP bahawa ia merupakan penerbangan yang pertama ke Afghanistan sejak Taliban mengambil alih.
UAE merupakan satu daripada tiga negara di dunia yang mengiktiraf Taliban ketika pemerintahan sebelum ini iaitu antara tahun 1996 dan 2001. – AGENSI










