Jumlah korban hospital Iraq terbakar meningkat 64 orang - Utusan Malaysia

Jumlah korban hospital Iraq terbakar meningkat 64 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NASIRIYAH, Iraq: Jumlah mangsa korban di hospital yang terbakar di selatan Iraq meningkat kepada 64 orang.

Pihak berkuasa kesihatan di Nasiriyah memaklumkan, sebanyak 64 mayat mangsa dibawa keluar dari bangunan hospital yang terbakar dengan 39 daripada sudah dikenal pasti dan diserahkan kepada keluarga masing-masing.

Kejadian itu berlaku petang semalam di Hospital al-Hussein yang menempatkan pesakit Covid-19 dan siasatan awal mendapati punca kebakaran mungkin disebabkan oleh letupan gas oksigen.

“Keluarga sukar mengenal pasti identiti mangsa kerana kebanyakannya mengalami luka meleceur yang teruk,” menurut sumber pihak berkuasa.

Wad yang terbakar itu dilaporkan mempunyai 70 katil.

Di luar premis tersebut, puluhan ahli keluarga mangsa mengadakan tunjuk perasaan mendesak kerajaan mengambil langkah sewajarnya dan mengheret pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Menerusi Twitter, Presiden Iraq, Barham Salih berdukacita terhadap insiden yang berlaku.

Pada April lalu, sekurang-kurangnya 82 maut dan 110 cedera apabila sebuah hospital Covid-19 di Baghdad terbakar akibat silinder oksigen meletup. – AFP

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN