Setiausaha akhbar Trump label BBC ‘agensi berita palsu’

Setiausaha akhbar Trump label BBC ‘agensi berita palsu’

KAROLINE LEAVITT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Setiausaha akhbar Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mendakwa British Broadcasting Corporation (BBC) sebagai 100 peratus berita palsu dan jentera propaganda susulan dakwaan berat sebelah terhadap stesen penyiaran Britain itu.

Karoline Leavitt, pegawai kanan Rumah Putih dalam pentadbiran Trump, dalam temu bual bersama The Telegraph mendakwa siaran berita BBC semasa lawatannya ke United Kingdom sering merosakkan hari beliau kerana dipenuhi laporan berbaur propaganda kiri.

“Setiap kali saya ke United Kingdom bersama Presiden Trump dan terpaksa menonton BBC di bilik hotel, ia benar-benar merosakkan hari saya. BBC penuh dengan propaganda dan pembohongan mengenai Presiden Trump serta usahanya menjadikan Amerika dan dunia lebih baik,” katanya.

Kenyataan itu dibuat selepas beberapa Ahli Parlimen Britain mendesak BBC memberi penjelasan berhubung dokumentari Panorama yang didakwa memotong dan menyunting ucapan Trump secara mengelirukan.

Sebuah dokumen yang bocor kepada The Telegraph mendakwa episod rancangan berkenaan memperdaya penonton sepenuhnya apabila dua bahagian ucapan Trump digabungkan menjadi satu.

Dalam dokumentari itu, Trump mengajak penyokong­nya berjalan bersama ke Capitol dan berjuang habis-habisan sebelum rusuhan 6 Januari 2021 namun, bahagian ucapan yang menekankan seruan agar penyokong bersuara secara aman dan patriotik telah digugurkan.

Pendedahan itu berpunca daripada memorandum setebal 19 muka surat yang ditulis oleh Michael Prescott, bekas penasihat kepada Jawatankuasa Garis Panduan dan Standard Editorial BBC.

Prescott yang meninggalkan jawatannya awal tahun ini enggan mengulas mengenai kebocoran dokumen tersebut.

Antara petikan dokumen itu menyebut: “Adalah sangat mengelirukan untuk menyun­ting klip itu seperti yang disiarkan oleh Panorama. Hakikat bahawa beliau (Trump) tidak menyeru secara langsung penyokongnya pergi berjuang di Capitol Hill merupakan antara sebab tiada dakwaan rasmi dibuat terhadapnya atas tuduhan menghasut rusuhan.”

Memorandum itu juga mendakwa wujud masalah sistemik dalam liputan BBC, termasuk cara saluran BBC Arabic melaporkan perang di Gaza dengan Prescott menegur penggunaan penceramah yang bersimpati dengan Hamas atau mempunyai rekod antise­mitisme.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN