Mahmoud Khalil tuntut Trump bayar ganti rugi AS$20 juta - Utusan Malaysia

Mahmoud Khalil tuntut Trump bayar ganti rugi AS$20 juta

MAHMOUD KHALIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Mahmoud Khalil, bekas aktivis pelajar yang ditahan lebih tiga bulan berhubung penglibatannya dalam demonstrasi proPalestin, telah memfailkan tuntutan ganti rugi sebanyak AS$20 juta (RM94 juta) terhadap pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, atas dakwaan penahanan salah dan penyalahgunaan kuasa. Dalam dokumen mahkamah yang difailkan pada Khamis, Mahmoud mendakwa dirinya difitnah, dipenjarakan tanpa alasan sah, dan menjadi mangsa pendakwaan bermotif politik oleh agensi-agensi persekutuan termasuk Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS), Perkhidmatan Imigresen dan Kastam (ICE) serta Jabatan Negara AS. “Saya ingin membuktikan mereka tidak boleh sesuka hati membuli aktivis…

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN