Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska

Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada  di negeri barat laut Amerika Syarikat (AS), Alaska, menurut pihak berkuasa.

Polis negeri Alaska berkata, sebuah pesawat Bering Air Caravan membawa sembilan penumpang dan seorang juruterbang dalam penerbangan dari Unalakleet ke Nome dilaporkan lewat daripada jadual ketibaan pada pukul 4.00 petang (waktu tempatan.

Kedua-dua bandar tersebut terletak kira-kira 235 kilometer merentasi Norton Sound.

Pasukan mencari dan menyelamat sedang berusaha untuk sampai ke koordinat terakhir yang diketahui bagi penerbangan tersebut, menurut kenyataan pihak berkuasa.

Kehilangan pesawat ini merupakan insiden terbaharu dalam siri bencana penerbangan yang berlaku di AS dalam tempoh lebih seminggu.

Pada 30 Januari, sebuah pesawat penumpang bertembung dengan helikopter tentera AS di ibu kota Washington, mengorbankan kesemua 67 orang di dalamnya.

Bencana itu diikuti rapat dengan nahas sebuah pesawat perubatan yang terhempas di kawasan kejiranan sibuk di Philadelphia, mengakibatkan tujuh kematian dan mencederakan 19 orang.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×