Jangkitan Covid-12 di AS turun 12 peratus - Utusan Malaysia

Jangkitan Covid-12 di AS turun 12 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Amerika Syarikat (AS) melaporkan penurunan kes jangkitan Covid-19 baharu sebanyak 12 peratus pada minggu lalu, ketika program vaksinasi negara ini ditingkatkan dengan 2.2 juta suntikan diberikan sehari.

Lapor Reuters, kes jangkitan baharu direkodkan menurun selama lapan minggu berturut-turut dengan purata sebanyak 60,000 kes sehari sehingga 7 Mac lalu.

Kadar kematian akibat virus tersebut juga menurun 18 peratus pada minggu lalu kepada 11,800 kes, iaitu paling rendah sejak akhir November tahun lalu dengan purata 1,686 kematian sehari.

Bagaimanapun, pakar kesihatan mengingatkan negara ini boleh berdepan dengan peningkatan kes secara mendadak berikutan kemunculan pelbagai varian baharu.

Pakar penyakit berjangkit AS, Dr. Anthony Fauci mendesak supaya sekatan Covid-19 di seluruh negara dikekalkan sehingga jumlah kes jangkitan baharu turun sebanyak 10,000 sehari.

Berdasarkan analisis yang dilakukan oleh Reuters, sebanyak 13 daripada 50 negeri dicatatkan mempunyai kes jangkitan baharu pada minggu lalu berbanding tempoh tujuh hari lepas dengan 29 negeri merekodkan kes baharu.

New York, New Jersey dan Rhode Island dilaporkan mempunyai kadar jangkitan tertinggi bagi setiap 100,000 penduduknya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya