HAVANA: Pelajar universiti di Cuba menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kenaikan harga data internet dengan menggesa boikot kuliah sebagai tanda protes.
Seorang daripada pelajar di Universiti Havana, Haydee Fernandez berkata, mereka menyeru semua pelajar meneruskan mogok dan menegaskan Persekutuan Pelajar Universiti (FEU) adalah suara revolusioner sejak awal.
“Kita perlu buat mogok dan semua pelajar perlu bersatu kerana FEU adalah organisasi pelajar dan oleh itu, badan itu bersifat revolusioner sejak awal. Kita mesti menghentikannya.
“FEU tidak mengambil kira pandangan pelajar, jadi kita mesti menghentikan kuliah kerana saya tidak boleh meneruskan pengajian jika tidak mempunyai maklumat.
“Kami tidak dapat belajar, jadi kenapa kami harus teruskannya? Kita perlu berunding supaya masalah ini dapat diselesaikan segera,” katanya.
Kumpulan pelajar dari satu jabatan di Universiti Havana mendesak rakan-rakan mereka tidak menghadiri kuliah sebagai bantahan kenaikan harga data internet.
Sejumlah pelajar di universiti lain turut menyatakan mereka akan menyertai boikot itu.










