Terus jadi lokasi lambakan pakaian terpakai, benua Afrika dibanjiri 'kain buruk'

Terus jadi lokasi lambakan pakaian terpakai, benua Afrika dibanjiri ‘kain buruk’

SEORANG lelaki berdiri atas timbunan pakaian terpakai yang dilambakkan di tepi pantai di Accra, Ghana. - SHUTTERSTOCK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ACCRA: Sebahagian daripada benua Afrika ketika ini dipenuhi dengan lambakan pakaian terpakai yang dikeluarkan oleh pelbagai industri fesyen setiap tahun, biarpun beberapa jenama besar seperti H&M dan Zara meminta semua pihak berkaitan supaya melakukan kitar semula.

H&M mengeluarkan tiga bilion pakaian setiap tahun dan hanya mengitar semula pakaian terpakai kira-kira 10 peratus daripada jumlah tersebut.

Selebihnya akan dilambakkan di pelbagai kawasan termasuk di pantai di Accra, Ghana sehingga mencetuskan ‘fenomena banjir pakaian’.

Bloomberg melaporkan, pakaian jenama Zara juga menghasilkan 100 bilion produk setahun dan hanya mengitar semula satu peratus daripada pengeluaran yang dilakukan.

Sehubungan itu, puluhan negara Afrika berharap supaya pengimportan baju-baju terpakai itu diharamkan kerana kesemua pakaian tersebut sudah terlalu buruk sehingga tidak boleh dipakai.

Masalah utama dalam isu ini adalah kebanyakan syarikat fesyen berkenaan enggan mengeluarkan kos tambahan dalam menguruskan lebihan pakaian dikeluarkan dan cara paling mudah adalah ‘membuangnya di tempat lain’.

Tebing pantai hampir setinggi 20 meter di Accra bukannya terbentuk akibat faktor semula jadi, namun ia berlaku akibat timbunan helaian pakaian terpakai yang dibuang merata.

Menurut agensi berita ABC, lebih 15 juta pakaian terpakai bakal dibuang di bandar ini yang datangnya dari United Kingdom, Eropah, Amerika Utara dan Australia.

Sekurang-kurangnya 40 peratus daripada pakaian terpakai itu tidak boleh dipakai dan hanya layak menjadi ‘kain buruk’.

Lebih 100 bilion pakaian dihasilkan di seluruh dunia setiap tahun dan 85 peratus daripadanya dibuang ke tapak pelupusan sampah atau dibakar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya