Penyamun lari lintang pukang disembur petrol - Utusan Malaysia

Penyamun lari lintang pukang disembur petrol

TANGKAP layar menunjukkan sekumpulan penjenayah disimbah petrol dalam satu cubaan menyamun seorang individu di sebuah stesen minyak. - REDDIT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Satu rakaman video yang menunjukkan sekumpulan penjenayah disimbah petrol dalam satu cubaan menyamun di sebuah stesen minyak, menjadi tular di laman media sosial.  

Lapor Daily Mail, video yang dimuat naik di laman Reddit menunjukkan seorang lelaki mengisi minyak ketika dia didekati sebuah van berwarna putih.  

Dilaporkan, tiga lelaki yang memakai baju hoodie kemudian keluar daripada van tersebut lalu menuju ke arah mangsa untuk menyerangnya.

Namun, mangsa bertindak pantas dengan menyimbah petrol terhadap lelaki berkenaan untuk menyelamatkan dirinya.

Dua penyamun cuba melarikan diri manakala seorang lagi cuba memasuki kereta mangsa namun gagal.    

Kejadian yang tidak diduga itu menyebabkan pemandu van dan tiga penyamun berkenaan melarikan diri dari tempat kejadian.

Insiden itu yang dipercayai berlaku di Chile dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya