Trump percaya Pemimpin Tertinggi Iran baharu masih hidup - Utusan Malaysia

Trump percaya Pemimpin Tertinggi Iran baharu masih hidup

AYATOLLAH MOJTABA KHAMENEI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS),  Donald Trump pada Rabu berkata bahawa beliau percaya Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Mojtaba Khamenei yang tidak kelihatan di khalayak ramai sejak mengambil alih kepimpinan selepas bapanya terbunuh pada Februari, masih hidup.

“Saya tidak fikir dia sudah meninggal dunia. Beliau mengalami kecederaan yang sangat serius. Sebelah kiri tubuhnya, lengan, kaki, semuanya. 

“Beliau mengalami kecederaan yang sangat serius. Namun, saya tidak fikir beliau sudah meninggal dunia,” kata Trump dalam satu temu bual dengan pengacara radio konservatif Glenn Beck.

Memuatkan artikel berkaitan…

Secara rasmi, Khamenei masih memimpin negaranya ketika berdepan serangan AS dan Israel. 

Bagaimanapun, ketiadaannya daripada khalayak ramai dan kemunculan tokoh veteran Kor Pengawal Revolusi yang semakin berpengaruh telah mencetuskan spekulasi bahawa beliau sama ada telah meninggal dunia atau tidak lagi memegang sepenuhnya tampuk pemerintahan.

Bapanya, Ayatollah Ali Khamenei terbunuh dalam serangan pengeboman pada 28 Februari iaitu semasa serangan AS-Israel di Teheran. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini