Jerman catat 15,800 kematian akibat cuaca panas 

Jerman catat 15,800 kematian akibat cuaca panas 

ORANG ramai menggunakan selimut kecemasan untuk melindungi diri daripada cuaca panas di Berlin, Jerman.-AFP 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Jerman merekodkan lebih 15,800 kematian berkaitan cuaca panas pada musim panas ini ketika Eropah berdepan siri gelombang haba ekstrem, menurut institut kesihatan awam negara itu.

Menurut Institut Robert Koch (RKI), kumpulan paling terjejas ialah golongan berusia lebih 75 tahun, dengan kira-kira 9,600 kematian berkaitan cuaca panas direkodkan dalam tempoh seminggu pada akhir Jun ketika suhu di Jerman melebihi 40 darjah Celsius.

Sebanyak 4,000 lagi kematian berkaitan cuaca panas dicatatkan antara akhir Julai hingga pertengahan Ogos, menurut institut itu dalam kemas kini terbaharunya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Musim panas ini, cuaca ekstrem dan kemarau melanda sebahagian besar Eropah, menyumbang kepada peningkatan kematian berkaitan haba selain mencetuskan kebakaran hutan, memusnahkan banyak tanaman dan menyebabkan paras air di sungai-sungai utama menurun.

RKI berkata, pihaknya mengumpulkan data kematian berkaitan cuaca panas sejak sedekad lalu dan rekod tertinggi sebelum ini sekitar 8,900 kematian pada 2018. 

Laporan berasingan oleh sebuah penerbitan perubatan pula menganggarkan 10,000 kematian akibat cuaca panas pada 1994.

Cuaca panas melampau boleh menyebabkan kematian secara langsung, termasuk akibat strok haba, namun kebanyakannya membawa maut apabila ia memburukkan keadaan kesihatan sedia ada seperti penyakit kardiovaskular, paru-paru atau buah pinggang.

RKI menganggarkan jumlah kematian berkaitan cuaca panas menggunakan kaedah statistik dengan membandingkan jumlah kematian pada minggu-minggu musim panas ketika gelombang haba berlaku dengan minggu tanpa gelombang haba.-AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN