16 pekerja Bangladesh maut kilang terbakar di Arab Saudi - Utusan Malaysia

16 pekerja Bangladesh maut kilang terbakar di Arab Saudi

SERAMAI 16 pekerja Bangladesh meninggal dunia apabila sebuah hilang terbakar di Riyadh. - Kementerian Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Luar Negara
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DHAKA: Kementerian Luar Bangladesh pada Isnin berkata bahawa pihaknya amat terkejut selepas melaporkan 16 warganegaranya maut dalam kebakaran di sebuah kilang sofa di Arab Saudi sehari sebelumnya.

Dalam kenyataan pada Isnin, kementerian itu melaporkan kematian tragik 16 warga Bangladesh dalam kebakaran di sebuah kilang pembuatan sofa di Riyadh.

Menteri Kebajikan Ekspatriat Bangladesh, Ariful Haque Chowdhury berkata, terdapat komunikasi berterusan dengan pihak berkuasa tempatan melalui Kedutaan Bangladesh di Arab Saudi.

“Pegawai telah diarahkan untuk memastikan jenazah warga Bangladesh yang meninggal dunia dibawa pulang dengan segera dan memastikan semua bantuan kerajaan serta pampasan yang diperlukan diberikan kepada keluarga mereka,” katanya.

Kira-kira tujuh juta rakyat Bangladesh bekerja di luar negara, dengan majoritinya berada di rantau Asia Barat.

Agensi pertahanan awam di ibu negara Arab Saudi itu berkata kebakaran di sebuah premis tanpa lesen yang digunakan untuk kerja-kerja perabot telah dipadamkan.

Laporan media Arab Saudi menganggarkan lebih tiga juta warga Bangladesh menetap di negara itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×