Trump batal ancaman caj 20 peratus ke atas kargo Selat Hormuz, sambung sekatan pelabuhan Iran

Trump batal ancaman caj 20 peratus ke atas kargo Selat Hormuz, sambung sekatan pelabuhan Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menarik balik ancamannya untuk mengenakan caj 20 peratus ke atas semua kapal kargo yang melalui Selat Hormuz ketika Washington meneruskan usaha mematahkan penguasaan Iran ke atas laluan perkapalan strategik itu.

Trump berkata, cadangan mengenakan caj tersebut akan digantikan dengan perjanjian perdagangan dan pelaburan berskala besar bersama negara-negara Teluk, hanya beberapa jam sebelum AS menyambung semula sekatan terhadap pelabuhan-pelabuhan Iran.

Perkembangan itu berlaku susulan siri serangan baharu antara AS dan Iran yang mencetuskan lonjakan mendadak harga minyak, ketika pergerakan kapal tangki melalui Selat Hormuz hampir terhenti.

Markas Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) memaklumkan lewat Selasa pasukannya melancarkan satu lagi pusingan serangan ke atas Iran bagi terus melemahkan keupayaan negara itu menyerang kapal dagang yang melalui laluan perairan strategik berkenaan.

Teheran pula memaklumkan pihaknya menyasarkan kemudahan ketenteraan AS di Bahrain dan Jordan selepas terlebih dahulu menyerang dua kapal tangki milik Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Siri serangan yang berterusan itu sekali lagi menyerlahkan kepentingan strategik Selat Hormuz. Iran menuduh AS campur tangan dalam pengurusan laluan perairan tersebut, namun penguasaan ke atas Selat Hormuz juga membolehkan Teheran memberi tekanan kepada ekonomi global.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN