BANGKOK: Lima pelajar warga Itali dan penyelia mereka memohon maaf kepada seorang wanita tempatan yang dikenali sebagai Sugus di Balai Polis Metropolitan Samrae, Thailand.
Semua pelajar itu berbuat demikian susulan tingkah laku mereka di dalam perkhidmatan kereta api BTS.
Pihak polis mengenakan denda ke atas lima ahli kumpulan berkenaan kerana menghina orang lain.
Kumpulan itu dan wanita tersebut bersetuju untuk menyelesaikan isu tersebut pada 25 Julai lalu tanpa meneruskan sebarang tindakan undang-undang lanjut.
Insiden itu bermula apabila kumpulan itu bercakap dengan suara kuat dan berkelakuan tidak sopan sewaktu berada di dalam kereta api.
Apabila menegur tindakan mereka secara berhemah, Sugus sebaliknya dibalas dengan kata-kata kesat termasuk isyarat menunjuk jari tengah.
Kumpulan itu turut mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan
“Maaf kerana kami membawa wang ke negara anda,” kata mereka.
Tindakan tersebut mencetuskan kemarahan meluas dalam kalangan pengguna media sosial di Thailand. Ia sekali gus mendorong Sugus untuk membuat laporan polis.– AGENSI










