LONDON: Lapangan terbang di Britain dikecam kerana mengenakan caj ‘kiss-and-fly’ sehingga 10 pound (RM54.70) kepada pemandu yang menghantar penumpang di kawasan berhampiran terminal.
Kajian mendapati lebih tiga perempat lapangan terbang menaikkan atau memperkenalkan caj menghantar penumpang dalam tempoh setahun lalu.
Sebanyak 16 daripada 20 lapangan terbang yang dianalisis oleh Kelab Automobil Diraja menaikkan caj tersebut sejak musim panas tahun lalu.
Pada kebiasaan, caj itu dikenakan kepada pemandu yang menghantar penumpang di kawasan paling hampir dengan terminal.
Lapangan Terbang Gatwick dan Stansted mengenakan caj tertinggi, masing-masing 10 pound bagi tempoh 10 hingga 15 minit.
Ia diikuti Lapangan Terbang Edinburgh dan Bristol, yang masing-masing mengenakan caj 8.50 pound (RM46.50) bagi tempoh 10 minit.
Sementara itu, Lapangan Terbang Bandar Raya London berubah daripada satu-satunya lapangan terbang utama United Kingdom yang membenarkan penghantaran percuma di luar terminalnya kepada caj paling mahal mengikut kadar seminit, iaitu 8 pound (RM43.70) bagi tempoh lima minit.
Empat lapangan terbang yang tidak menaikkan caj itu tahun ini adalah Liverpool, John Lennon, East Midlands, Bandar Belfast dan Southampton. – AGENSI










