Lapan tentera Iran maut serangan AS - Utusan Malaysia

Lapan tentera Iran maut serangan AS

LETUPAN berlaku akibat serangan AS di Bandar Abbas. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Serangan terbaharu Amerika Syarikat (AS) ke atas selatan Iran mengorbankan lapan anggota tentera, menurut televisyen negara Iran pada Rabu.

“Susulan pencerobohan jenayah yang dilakukan pagi ini oleh tentera pengganas Amerika terhadap beberapa kawasan di selatan Iran, lapan anggota berani pasukan udara dan tentera laut Angkatan Tentera Republik Islam Iran di Bandar Abbas (selatan) dan Bushehr (barat daya) telah gugur sebagai syahid,” lapor televisyen negara itu yang memetik kenyataan pihak tentera.

AS melakukan serangan ke atas Iran selepas Teheran menyerang beberapa buah kapal dekat Selat Hormuz

Presiden AS, Donald Trump, berkata pada Rabu bahawa gencatan senjata dengan Iran kini sudah berakhir selepas kedua-dua pihak saling melancarkan serangan tertapi menambah bahawa para perunding masih boleh meneruskan rundingan dengan Teheran.

Tentera AS melancarkan serangan terhadap Iran pada Selasa sebagai tindak balas kepada seranganTeheran  ke atas tiga buah kapal di Selat Hormuz, menurut pihak tentera AS.

“Serangan AS ini adalah sebagai tindak balas terhadap serangan Iran ke atas tiga kapal komersial yang sedang melalui Selat Hormuz dan ia bertujuan untuk mengenakan kos yang tinggi terhadap pihak yang menyasarkan serta menyerang perkapalan komersial,” kata Markas Pusat AS (CENTCOM) menerusi satu hantaran di platform X.

“Ia menunjukkan tindakan agresif Iran yang tidak berasas, berbahaya dan merupakan pelanggaran jelas terhadap gencatan senjata,” tambah kenyataan itu.

Gencatan senjata berkuat kuasa pada 8 April. Namun, pertempuran berskala kecil masih berterusan di rantau Teluk, termasuk serangan terhadap kapal oleh pasukan Iran dan serangan Amerika ke atas Iran.

Serangan pada Selasa itu merupakan tindakan ketenteraan pertama AS terhadap Iran sejak siri serangan udara pada penghujung bulan lalu, yang menurut Washington juga dilakukan sebagai tindak balas terhadap serangan pasukan Iran ke atas kapal-kapal komersial. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN