Kerugian kerosakan fizikal akibat gempa bumi berkembar Venezuela RM80 bilion - Utusan Malaysia

Kerugian kerosakan fizikal akibat gempa bumi berkembar Venezuela RM80 bilion

Lebih 5,000 orang terbunuh dalam gempa bumi berkembar di Venezuela. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CARACAS: Gempa bumi ber­kembar yang memusnahkan Vene­zuela bulan lalu menye­babkan kerugian fizikal bernilai AS$19.6 bilion (RM80 bilion), menurut anggaran Bank Dunia pada Khamis. 

Bank itu menegaskan ke­perluan untuk meningkatkan pembiayaan pembinaan semula awam dengan pantas bagi mengelakkan kesan ekonomi berpanjangan.

Sekurang-kurangnya 5,398 orang terbunuh dalam gempa bumi pada 24 Jun itu, dengan ratusan bangunan musnah, terutama di negeri La Guaira di kawasan pantai utara negara tersebut yang paling teruk terjejas.

Sekurang-kurangnya 16,740 orang cedera dalam kejadian itu. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih  1 juta orang memerlukan bantuan kemanusiaan segera.

Penilaian Bank Dunia hanya memberi tumpuan kepada kerosakan bangunan dan infrastruktur.

Kerosakan langsung terhadap bangunan kediaman menyum­bang hampir separuh daripada jumlah keseluruhan yang dinilai, iaitu AS$9.3 bilion (RM38 bilion).

Bangunan bukan kediaman mengalami kerosakan bernilai AS$5 bilion (RM20 bilion), manakala infrastruktur menca­tatkan kerugian sebanyak AS$5.2 bilion (RM21 bilion), dengan berpuluh-puluh hospital dan ratusan sekolah mengalami kerosakan teruk.

Penilaian awal kerosakan oleh PBB yang dikeluarkan kira-kira seminggu selepas gempa bumi menganggarkan jumlah kerosakan fizikal langsung akibat bencana itu jauh lebih tinggi, iaitu AS$37 bilion (RM151 bi­lion). – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN