TEHERAN: Tentera Iran berkata pada Ahad bahawa pihaknya telah menyasarkan dua pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Kuwait menggunakan dron sebagai tindak balas terhadap serangan Amerika e atas wilayah Iran.
Tentera republik Islam itu berkata, mereka melancarkan serangan berskala besar menggunakan dron kamikaze terhadap depoh simpanan peluru tentera AS di Kem Udairi.
Ia menyatakan sistem radar Patriot dan radar pemantauan udara di Pangkalan Udara Ali Al Salem di Kuwait turut diserang, menurut satu kenyataan yang disiarkan oleh penyiar rasmi negara.
Gelombang serangan antara Iran dan AS terbaharu itu tercetus susulan serangan Teheran terhadap kapal-kapal di Selat Hormuz yang strategik.
Ia merupakan laluan perkapalan penting bagi eksport tenaga negara-negara Teluk yang cuba dikuasai oleh Teheran.
Iran menutup selat itu selepas perang tercetus pada 28 Februari lalu manakala penguasaan ke atas laluan berkenaan kini menjadi pengaruh penting dalam rundingan dengan Washington, yang baru-baru ini mengenakan semula sekatan laut terhadap pelabuhan-pelabuhan negara tersebut. – AGENSI/AFP










