Houthi umum sekatan laut ke atas Arab Saudi

Houthi umum sekatan laut ke atas Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANAA: Penyokong kumpulan Houthi di Yaman berhimpun di ibu negara, Sanaa, selepas kumpulan itu mengumumkan sekatan maritim terhadap Arab Saudi.

Keputusan itu dibuat sebagai tindak balas terhadap sekatan yang didakwa dikenakan Arab Saudi ke atas Yemen sejak bertahun-tahun lalu.

Arab Saudi mengecam keputusan Houthi itu dan menafikan dakwaan bahawa ia mengenakan sekatan terhadap rakyat Yemen.

Riyadh menegaskan pihaknya telah bekerjasama dengan kerajaan Yemen yang sah bagi mengurangkan penderitaan rakyatnya, termasuk meneruskan projek pembangunan, menyokong belanjawan kerajaan dan membekalkan produk petroleum untuk mengendalikan stesen jana kuasa elektrik.

Tambahnya, sepanjang separuh pertama tahun 2026, pelabuhan Hodeidah, As-Salif dan Ras Isa di utara Yemen menerima lebih 300 kapal yang membawa bekalan makanan, barangan keperluan, bahan api serta bahan binaan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN