Erdogan beri hadiah pistol bersalut emas kepada Trump - Utusan Malaysia

Erdogan beri hadiah pistol bersalut emas kepada Trump

ERDOGAN berjabat tangan dengan Trump. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANKARA: Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan menghadiahkan kepada rakan sejawatannya dari  Amerika Syarikat (AS) Donald Trump sepucuk revolver bersalut emas yang ditempah khas beserta peluru.

Hadiah itu diberikan ketika lawatan Trump ke Ankara semasa sidang kemuncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara NATO minggu lalu, lapor koresponden Ragip Soylu dari Middle East Eye (MEE) dengan memetik beberapa sumber tanpa nama yang mengetahui perkara tersebut.

Menurut MEE, Erdogan memberikan revolver khas yang serupa kepada semua pemimpin NATO yang menghadiri sidang kemuncak itu.

Namun, revolver milik Trump adalah satu-satunya yang dilaporkan mempunyai salutan emas.

Satu sumber berkata, sebanyak 12 gram emas digunakan untuk revolver Trump itu.

Sumber yang mengetahui mengenai hadiah tersebut memberitahu MEE bahawa senjata itu adalah sama seperti revolver Gumusay .357 Magnum dan dipersembahkan dalam sebuah kotak kayu yang memaparkan bendera Turkiye serta logo NATO. 

Terdapat plak di dalam kotak itu yang memberitahu bahawa ia merupakan pistol genggam jenis revolver pertama yang dihasilkan di negara tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN