AS tamat serangan malam ke-11 ke atas Iran - Utusan Malaysia

AS tamat serangan malam ke-11 ke atas Iran

SEBUAH jambatan munsah akibat serangan AS di Bandar Khamir, dekat Selat Hormuz. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Markas Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) berkata pada Selasa bahawa pihaknya telah melancarkan serangan terhadap sasaran ketenteraan di Iran bagi malam ke-11 berturut-turut, ketika serangan dalam perang di Asia Barat terus meningkat.

“Serangan ini dilakukan untuk terus melemahkan keupayaan Iran mengancam perkapalan komersial di Selat Hormuz,” kata CENTCOM menerusi hantaran di platform X, sambil memaklumkan bahawa serangan bermula pada pukul 11 malam GMT.

Tentera AS berkata, serangan itu berakhir pada pukul 12.15 pagi GMT, Rabu dan menambah bahawa aset tenteranya telah menyasarkan pusat operasi ketenteraan Iran, keupayaan maritim, hangar pesawat, kemudahan penyimpanan dron dan infrastruktur logistik ketenteraan.

CENTCOM berkata, Iran telah menyerang lebih 30 kapal komersial yang melalui Selat Hormuz dalam tempoh tiga bulan lalu.

“Serangan yang tidak berasas itu telah membahayakan ratusan pelaut yang tidak bersalah dan menjejaskan kebebasan pelayaran,” menurut kenyataan CENTCOM.

Tentera AS berkata, pihaknya telah membantu memudahkan laluan kira-kira 900 kapal melalui Selat Hormuz sejak awal Mei, sekali gus membolehkan penghantaran sekitar 450 juta tong minyak mentah melalui laluan strategik itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN