Angka kematian di Venezuela melepasi 5,000 orang - Utusan Malaysia

Angka kematian di Venezuela melepasi 5,000 orang

SEORANG pegawai forensik berjalan di celah runtuhan bangunan selepas gempa bumi berlaku pada 24 Jun di Tanaguarena. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARACAS: Angka kematian akibat gempa bumi berkembar yang melanda Venezuela bulan lalu meningkat kepada 5,119 orang, menurut jumlah rasmi yang dikeluarkan pada Sabtu.

Jumlah itu meningkat sebanyak 50 kematian berbanding Jumaat dan berlaku 24 hari selepas bencana pada 24 Jun apabila dua gempa bumi berturut-turut melanda negara itu

Presiden Perhimpunan Kebangsaan, Jorge Rodriguez mengumumkan angka itut. 

Majoriti mangsa dikesan di wilayah pesisir pantai La Guaira, kawasan yang mengalami kemusnahan paling teruk akibat bencana tersebut.

Selain itu, seramai 16,740 individu dilaporkan cedera. 

Namun, Rodriguez memaklumkan sebahagian besar daripada mereka telah dibenarkan keluar dari hospital.

Jumlah korban dijangka terus meningkat memandangkan pasukan penyelamat kini masih bertungkus-lumus membersihkan runtuhan bangunan, selain mula memasuki kawasan pedalaman yang sebelum ini sukar diakses sejurus selepas bencana berlaku.

Gegaran kuat berukuran 7.2 dan 7.5 magnitud yang berlaku dalam selang masa hanya seminit pada 24 Jun lalu itu telah memusnahkan wilayah La Guaira, yang terletak di utara Caracas. 

Wilayah pesisir pantai tersebut menempatkan lapangan terbang antarabangsa utama negara, pelabuhan penting dan beratus-ratus blok apartmen yang kini sebahagian besarnya telah runtuh sepenuhnya.

Pihak berkuasa memaklumkan lebih 1,300 gempa susulan telah direkodkan setakat ini. Dianggarkan sekitar 20,000 penduduk kehilangan tempat tinggal dan terpaksa berlindung di pusat penempatan sementara yang sesak tanpa bekalan air bersih serta sistem sanitasi yang sempurna. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN