WELLINGTON: Amaran tsunami telah dikeluarkan bagi beberapa kawasan di pantai barat Pulau Selatan New Zealand susulan gempa bumi kuat berukuran magnitud 6.3 berhampiran Te Anau.
Menurut Pertahanan Awam, limpahan air laut ke daratan berkemungkinan berlaku di kawasan pesisir pantai dari Milford Sound hingga Puysegur Point.
enduduk di kawasan terbabit diarahkan supaya segera berpindah ke kawasan tanah tinggi yang terdekat, keluar dari zon pemindahan tsunami atau bergerak sejauh mungkin ke kawasan pedalaman.
Amaran itu dikeluarkan susulan gempa bumi yang berpusat kira-kira 40 kilometer di utara Te Anau, yang berlaku pada 9.14 malam Khamis pada kedalaman 53 kilometer.
Lebih 13,000 orang dilaporkan merasai gegaran itu dalam tempoh beberapa minit selepas ia berlaku, manakala magnitud dan lokasi gempa masih bersifat awal selain tertakluk kepada pengesahan lanjut.
Penduduk dari seluruh Pulau Selatan, termasuk di wilayah Otago, Southland dan Canterbury, turut melaporkan merasai gegaran tersebut.
Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan (NEMA) menggesa penduduk di kawasan pesisir pantai supaya bertindak segera dan tidak menunggu arahan lanjut sekiranya mereka berada di kawasan yang terjejas. – AGENSI










